Monday, February 10, 2014

Detik Perkenalan ^_^

Assalamualaikum~
 Aduh tahun 2014 baru update eh. hahaha..maaf semua..kebizian melanda dan maklumlah nak tulis ni kena ada mood dan semangat yang jitu. perghh hihi.. ok nak update pasal apa niari? semangat ni dik non bangun pepagi menulis tuk korang. terharu? nangis please..haha.takde ah gurauan semata. ok mari mula. Macam yang semua orang tahu. Aye ni kan peminat dan juga kipas susah mati Forteen. Banyak sangat dah kena hadap soalan contohnya 'macam mana kau boleh minat forteen?' 'apa yang membuatkan kau minat forteen?' dan bla bla bla.... haaaa mai sini cheq nak cerita bagi.


Sebenarnya aye minat forteen lama dah dari start dorang debut lagu Berdua Bersatu lagi. Cumanya time tu minat just minat dengar lagu macam biasa jela sebab time tu banyak jugak keluar dekat radio takde pun terniat nak jumpa bagai macam sekarang nih. Twitter pun mana tahu guna sebab time tu kan zaman facebook. Okay time aye tengah minat gila cerita Jangan Ambil Padang Kami (JAPK). Tengok Izzue. Sape dia ni? pelakon baru ke? lepas tu kakak aye yang cerita dia ada group yang nyanyi lagu Berdua Bersatu tu. Lepas tu terus ni search la dekat youtube keluar Official Mv Berdua Bersatu. Tekanlah * tu pun nak kena cerita ke?hihi* . kan tak kenal langsung sapa ahli dia yang tahu ada One sebab kenal dari OIAM dengan Izzue sebab tengok Jangan Ambil Padang Kami (JAPK). Sape lagi dua tu kan?mana kenal lagi hihi. Mula-mula lagu tengok muka penyanyi awal tu. Cina mana ni? lahai merdu ya amaatt suara dia. terus jatuh cinta dan bibit-bibit dah bermula. #eh hahaha.. *sorry terover plak ayat* haha

Lepas tu dah mula dah guna Twitter. Dah ada lama dah cuma baru mula guna pun sebab tahu artis kan ramai guna Twitter zaman tu.hek hek.Cubalah search nama Izzue Islam, lepas tu follow. Rajin gila Izzue balas time tu. Dah syok dah ni hihi.. Mulalah juga tengok Izzue selalu RT tweet pape je pasal Forteen kan. Ok then terus decide follow empat-empat orang tu terus. Padahal memang tak kenal sapa pun nih. Mulalah mention empat-empat orang sekali dalam satu tweet tu. Saja nak try orang kata hihi.. Guess what?? Ariz Lufias yang balas dulu. Ya Ampunnn~~~ happy teramat.. Lepas dari tu search teruslah semua pasal Forteen dekat Youtube, Google dan segala medium yang ada *bakunya ayat*.  Haaaa tengok Ekspresi Kembara yang mula buat aye lagi rasa bestnyaa dorang nih. Kan dah follow empat-empat orang nih, dorang selalu sebut forteenagers, forteenagers. apa tu kan?baru tahu tu nama kelab peminat dorang. followlah akaun forteenagers. lepas dari ni semua berkait taw. please fokuskan diri. pergh haha.. Time tu aye rajin gila mention forteenagers, lepas tu tahu dorang ada event semua dari situla selain dari member Forteen sendiri. Ok tahu ada miss president, follow die dulu kakak Hyun Meera kita. Lepas tu Kak Izza vice president kita..hihi.. Sejak dari situ aye follow sorang demi sorang forteenagers yang ada. Sampaila cukup semuanyaa.. haaa amacam? peramah tak aye? hihi..serius Forteenagers pun peramah gilaaa..rasa dekat jeee..haa lagi pun time tu bukan ramai sangat macam sekarang nih! sebab tu mampu follow semua. Actually percaya tak percaya. Twitter yang menemukan aye dengan Forteen n Forteenagers nih. Awesome kan? OK aye dah jadi Forteenagers dah! YEAYYY!!!!

gambar hiasan time ABPBH tahun lepas.

Lepas tu hari-harila ni tweet dorang. Tak tweet Forteen tweet Forteenagers. Lepas tu dapat tahu ja ada show pape memang sedihlaa tak boleh pergi sebab tengah cuti sem. Kan aye baru habis diploma time tu. Tak lama lepas tu tahu ada event Hot Fm Buka Bonet yang mana Forteen pun join sekali. Memang tak senang duduk dah time tu. Geng-geng Forteenagers pulak macam Eida, Naniey, May semua ni memang dok ajak dah ni nak jumpa. Tengok-tengok tarikh seminggu selepas aye g bercuti dekat Melaka dengan family. Seminggu je kot lagi nak tunggu kan. Aye pun decide laaa nak stay Shah Alam dulu. Kan dekat Shah Alam, tahu time tu Kak Yanty je duduk Shah Alam. Tweetla die tanya cara nak pegi Aeon Setiawangsa tu yang ada event tu. Lepas tu kak yanty ajak pegi sekali. Okla lagipun aye sorang je kan. haa Forteenagers yang aye jumpa paling first Kak Yantylaa lepas tu Kak Izza dengan Kak Tina n Ayie dekat mid sebab kitorang sama-sama gerak. Lepas tu jumpa adik-adik omel Forteenagers plak, May, Tyra, Jia dengan Nabila. Bila otw, dalam hati memang nerves tak kira dah ni nak jumpa Forteen. Dengar pulak cerita dari kak Izza, May semua. haiss haiss.. Sampai-sampai je sana. Aye first tengok Ariz. terkedu sat!hihi salam dengan ARIZ!! serius nerves sampai rasa nak nangis kot..hahahaha gedik an? tapi memang tu hakikatnya. Lepas tu kenalkan diri dekat Ariz. ni Syira . Ariz senyum. Ariz kata Syira? Syira Osman? Ariz kenal ayee!! lihatlah duniaa haha..apa korang rasa?first time jumpa tu Ariz dah kenal aye..tak ke rasa terharu..ok aye terharuu gillsss.. Salam dengan Ameer pulak. haisss tinggi nyee.. lepas tu One peramah weh peramah..gila-gila sikit pulak tu.. Izzue pulak sampai lambat sikit sebab shooting. Sehari kitorang lepak je dekat booth tu. beli barang lelong, tangkap gambar tanpa jemu,dengar dorang nyanyi, memang enjoyyyy gilaa hari tu dan paling penting dapat habiskan masa dengan Forteen dan Forteenagers. woohooo!!

Gambar first dengan dorang..wahaaa..innocentnyee mukakuu..pemalu lagi tu time tu.wihi

Hari tu tak habis macam tu aje..lepas tu kitorang gerak balik pulak pegi Sunway Pyramid pegi main bowling dengan Fizz Fairuz FC. Pelik kan napa aye kena cerita kat sini? kenalaahh sebab Forteen pun pegi jugak event tu..ohh indahnyaa harikuu..hahaha. sampai je Forteen, geng-geng kitoranglah serbu terus. Memang kitorang je bising time tu hihi.. Agenda utama dia kan nak main bowling. tapi kitorng main memang tak fokus ah.. kira nak habis cepat je sebab lepas tu nak g lepak tempat Forteen. Perangaiii kan?? hahahah.. ok dah habis dah cerita untuk hari tu. Start dari tu aye join laa memana ada event Forteen selagi yang mampu pergi laa.. sampailaahhhh sekarang ^_^ .

Apa yang membuatkan aye suka dorang? sebab dorang memang hargai sangat peminat-peminat dorang. Serius dorang tak pernah nak hampakan peminat pun even dorang penat senyuman mesti akan terpancar dekat muka dorang. Bila dengan dorang tak rasa macam dengan artis pun. Rasa macam selesa sangatla. I'm happy to have a caring, sweet brothers even naughty sometimes like them. Please stay humble as who you all are today. Serius cakap aye sayang dorang sangat.. sangat ..sangatt..sangatttt dan akan terus bersama dorang dikala susah atau senang and terus menyokong dorang sampai bila-bila. *ayat agak cliche kan? tapi ikhlas dari hati ni* InsyaAllah ni janji Syira.  haa untuk tahun 2014 ni ataupun 20Forteen. Alhamdulillah dah lahir baby sulung (album) Forteen yang memuatkan 6 buah lagu iaitu Berdua Bersatu, Seperti Dulu, Kita dan 3 single baru Tidak Pernah Berjumpa, Ketika Ini dan Dikau Saja. Korang jangan lepaskan peluang ok dapatkan album nih. lagu dorang superrbbb semuanya! ha ok lagi dua pengumuman akhir! bulan 3 ni akan ada Hi-Tea with Forteen dan Pelancaran FFC dan jugak Konsert Forteen! Serius rugi kalau korang tak join. Sebarang pertanyaan lanjut terus ke Fan Page Forteenagers dekat Fb dan Official Forteenagers dekat Twitter dan Instagram ok? cepat2! sebelum terlambat. OK last last. jangan lupa undi Forteen untuk ABPBH jugak :)





P/S : gambar aye banyak takde izzue sebab tu gambar tahun lepas. izzue ada shooting. so jangan tanya jugak k soalan tu. hihi ..ok dah korang jangan tanya dah ah kenapa aye minat semua tu.. sebab aye memang takkan jawab soalan berbentuk itu. ok ni je entry kali ni. tgklaa mood akan dtg bila lak. anyeongg :))

2 comments:

  1. ecececewaaahhhhhh!!!! #bantalpeluk hihihihi

    ReplyDelete